Meow Meow Family

Please Click If You Want More Info...

Sunday, November 26, 2006

Kuala Kurau..Di Sini Aku bermula..

Kebangkitan penulis Kuala Kurau
Oleh: DR. TALIB SAMAT

PEKAN kecil Kuala Kurau yang menjadi pusat kehidupan penduduk bergerak perlahan-lahan di tengah-tengah arus pembangunan yang melimpah ke kawasan ini. Bagaimanapun ketenangan hidup masyarakat di sini begitu dirasakan sehingga mendorong lahirnya beberapa orang penulis terkenal dari daerah ini.

Mereka yang berasal daripada keluarga petani dan nelayan ikut mencorakkan dunia kesusasteraan Malaysia menurut cara gaya masing-masing yang tersendiri.

Kuala Kurau sekurang-kurangnya telah melahirkan empat orang penulis terkenal tanah air iaitu Jaafar Abdul Rahim, Pena Mutiara, Ibnu Ahmad Al-Kurauwi dan A. Wahab Hamzah.

Keempat-empat orang penulis terkenal ini mempunyai ruang lingkup atau daerah penulisan yang tersendiri yang mengangkat ketokohan dan pencapaian diri masing-masing dalam senario dan peta kesusasteraan Malaysia.

Daripada keempat-empat orang penulis kelahiran Kuala Kurau atau Tanjong Piandang berhampiran Kuala Kurau iaitu A. Wahab Hamzah, Jaafar Abdul Rahim dan Ibnu Ahmad Al-Kurauwi bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jaafar Abdul Rahim yang lebih dikenali sebagai pemikir, penggiat pemikiran literal, aktivis sastera dan budaya, kolumnis majalah Tunas Cipta, Dewan Budaya dan suatu ketika kolumnis Dunia Pemikiran akhbar Utusan Malaysia merupakan tokoh penulis yang lebih menonjol berbanding penulis-penulis lain dari Kuala Kurau, Perak.

Sempena persaraan wajib beliau daripada perkhidmatan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 27 November ini, telah dilancarkan dua buah buku mengenai ketokohan dan sumbangannya dalam dunia pemikiran, kesusasteraan, kegiatan sukarela, kebudayaan dan penglahiran bakat-bakat penulis baru di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau, Perak.

Dua buah buku yang dilancarkan dalam majlis yang bersejarah tetapi penuh sederhana dan bermakna ini ialah antologi puisi Sahabat Sejati: 200 puisi tentang Jaafar Abdul Rahim dan buku pemikiran Jaafar Abdul Rahim: Dari Kuala Kurau ke Ampang Jaya terbitan Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd. (November 2006).

Seorang lagi penulis kelahiran Kuala Kurau yang akan bersara pilihan daripada perkhidmatan kerajaan pada awal tahun 2007 ialah Pena Mutiara atau nama sebenarnya Ahmad Sabky Haji Tahir. Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1952 di Kuala Kurau, Perak.

Pena Mutiara menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau, Sekolah Menengah Rendah Inggeris Kuala Kurau sebelum menamatkan alam persekolahannya di Sekolah Menengah Methodist, Parit Buntar, Perak.

Bidang penulisannya meliputi cerpen, puisi, drama radio dan rencana umum yang tersiar di pelbagai akhbar, majalah, radio dan media massa lainnya.

Penulisan

Penglibatannya dalam bidang penulisan cerpen dan puisi lebih menonjolkan namanya berbanding bidang lain.

Hal ini ketara dengan penerbitan beberapa buah antologi cerpen dan puisi persendirian yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit di negara ini seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Teks Publishing Sdn. Bhd., Penerbitan Keramat Sdn. Bhd., dan Univision Press Sdn. Bhd.

Sehingga kini beliau telah menghasilkan tiga buah kumpulan cerpen persendirian iaitu Cinta Seorang Seniman (1984) terbitan Teks Publishing Sdn. Bhd., Perginya Seorang Seniman (1989) terbitan Penerbitan Keramat Sdn. Bhd., dan Mangsa terbitan Univision Press Sdn. Bhd.

Manakala kumpulan puisi persendiriannya berjudul Bunga Desa diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991. Manakala sebuah kumpulan persendiriannya yang lain berjudul Perempuan diterbitkan oleh Univision Press Sdn. Bhd.

Kumpulan cerpen pertamanya Cinta Seorang Seniman (1984) memuatkan 13 buah cerpen yang memaparkan pelbagai tema dan permasalahan hidup manusia. Bagaimanapun persoalan cinta mendasari hampir keseluruhan kumpulan cerpen ini sesuai dengan sifat cinta itu yang universal.

Kumpulan cerpen Perginya Seorang Seniman memuatkan 17 buah cerpen yang dihasilkan dari tahun 1982 hingga 1987, mengungkapkan pelbagai persoalan sosial, politik, dan permasalahan hidup serta suka duka manusia penulis dan seniman yang tidak henti-hentinya dilanda musibah dan malapetaka.

Serpihan malapetaka zaman kolonial dan zaman merdeka yang dialami oleh manusia penulis sekali gus seniman dan pemikir bangsanya digambarkan dengan meyakinkan oleh Pena Mutiara.

Manakala Ibnu Ahmad al-Kurauwi atau nama sebenarnya Azman Ahmad lebih menonjol ketokohannya dalam penulisan cerpen dan penulisan kisah-kisah agama dalam majalah Dewan Agama dan Falsafah.

Penglibatan Ibnu Ahmad al-Kurauwi dalam bidang penulisan cerpen ketara dengan penyiaran cerpennya dalam akhbar Mingguan Malaysia, Dewan Masyarakat, Berita Minggu, Utusan Melayu Mingguan dan beberapa akhbar dan majalah lain.

Sebuah cerpennya yang tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia pernah memenangi hadiah sagu hati dalam penilaian Hadiah Sastera Utusan Melayu-Exxon beberapa tahun lalu.

Kolumnya dalam majalah Dewan Agama dan Falsafah terbitan Karangkraf Sdn. Bhd., yang menyiarkan kisah-kisah agama, masyarakat dan moral yang diangkat daripada kisah kehidupan manusia mithali merupakan kolum yang menarik dan penting untuk memupuk pembinaan akhlak, moral dan jati diri manusia yang baik.

Pengkritik

Seorang lagi penulis kelahiran Tanjong Piandang, tidak jauh dari kawasan Kuala Kurau ialah A. Wahab Hamzah, seorang pengkritik filem yang tidak asing lagi daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Ulasan dan kritikannya tentang filem Barat dan Timur sering tersiar di akhbar Utusan Malaysia, Dewan Budaya dan sebagainya.

Beliau merupakan salah seorang tenaga penggerak teater di Dewan Bahasa dan Pustaka daripada kalangan generasi baru yang cukup menonjol penglibatannya kini dalam menghidupkan dan memeriahkan semula teater di DBP.

Penglibatannya sebagai penggerak Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka mencergaskan semula kegiatan teater di DBP dan penampilan persembahan teater hampir saban bulan daripada kalangan pengarah lama dan baru.

Suasana persembahan teater yang lesu di DBP kembali disuburkan oleh adanya aktiviti yang digerakkan oleh Unit Stor Teater DBP yang dilibatkan dengan cergas oleh A. Wahab Hamzah.

Hal ini menunjukkan penglibatan A. Wahab Hamzah cukup penting dalam menggerakkan teater di DBP. Beliau sendiri pernah mementaskan teater antaranya “Rumah Manusia” di samping ikut terlibat dalam lakonan dan pementasan teater lain di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Secara umumnya, kebangkitan penulis-penulis kelahiran Kuala Kurau seperti Jaafar Abdul Rahim, Pena Mutiara, Ibnu Ahmad al-Kurauwi dan A. Wahab Hamzah mempunyai jalur pemikiran dan sumbangan yang tersendiri dalam bidang kesusasteraan.

Misalnya Jaafar Abdul Rahim lebih menonjol sumbangannya dalam bidang pemikiran literal dan penganjuran seminar teori dan kritikan sastera.

Manakala Pena Mutiara lebih ketara sumbangannya dalam penghasilan cerpen dan puisi sehingga pernah dianugerahkan hadiah dalam bidang puisi oleh kerajaan Perak dan pernah memenangi hadiah cerpen remaja dalam penilaian Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank beberapa tahun lalu menerusi cerpennya “Surat Dari Kuala Lumpur”.

Begitu juga Ibnu Ahmad al-Kurauwi lebih ketara dan menonjol bakatnya dalam bidang penulisan cerpen sehingga memenangi hadiah penghargaan dalam penilaian Hadiah Sastera-Utusan Melayu-Exxon Mobil beberapa tahun lalu menerusi sebuah cerpennya yang berunsur keagamaan.

Demikian juga A. Wahab Hamzah lebih ketara sumbangannya dalam bidang kritikan filem dan pengurusan kegiatan sastera khususnya Stor Teater DBP yang mulai meninggalkan impaknya yang tersendiri kepada pertumbuhan dan perkembangan teater Malaysia khususnya dalam penglahiran generasi pelapis teater di negara ini.

Kesimpulannya, Kuala Kurau, Perak bukan sahaja terkenal sebagai kawasan tangkapan ikan atau hasil-hasil sungai dan laut dan tumpuan nelayan mahupun penanaman padi di negeri Perak tetapi juga melahirkan empat orang penulis terkenal di Malaysia. Mereka menyumbangkan pelbagai hasil tulisan, pemikiran dan karya sastera yang berupaya memanusiakan jiwa manusia menurut cara gaya masing-masing.

Tuesday, November 14, 2006

dunia ku..




xtaula apa kategori hidupku skrg ni
haru biru rasanya..dgn jiwa kacau
dgn plan thn ni yg xberapa nk jd
dgn plan2 utk thn depan yg ntah jadi ntah tidak
dgn kerja yg berlonggok2 ( mengejar 15.12.2006 - acc closing)
dgn lesen keta (test 21 ni)
dgn road tax insurance (21 ni jugak)
haii...sgh2 penat..
sgh2 letih..
sgh2 ntah pape..
apa nk jd dgn aku nih???????

Friday, November 10, 2006

ayat - ayat cinta....




ayat - ayat cinta,
sebuah buku pembangunan jiwa sbgmana yg tertulis kat cover buku.
(atas saranan seorg sahabat - utk i baca dn hayati...)

buku nih bagi i mmg interesting. i dh habis baca dn mmg i learn somethg fr it.walaupun title buku ni agak "jiwang" tp isinya xle sampai melalaikan. buku nih mmg mengujakan, maybe sbb jiwa i kosong kot kekekekek..

bagi shbt2, bacalah buku ni. insyaAllah bermanafaat

Thursday, November 02, 2006

perjalanan soloku yg pertama


perjalanan solo ku yg pertama pada 28.10.2006 pukul 9.15am. dari kpg ke kemunting ambik sekupang. sampai kemunting tepat 9.45pm. kul 10.00am sekupang sampai. gerak dari sana kul 10.00.

mcm xsgka lak i drive secara solo sampai shah alam. eheheh...takut jugak tp nk bt cmne.tawakkal tu penting!! perjalanan ini jgk umpama satu frame " matlamat tak mghalalkan cara". anyway alhamdulillah semuanya selamat. sb pe i cakap cmtu??? sbbnye...i xdok lesen ler. main hentam jer bwk keta sampai kpg. nk raya dgn keta punya pasal. isk..isk..isk..tu pun sepjg2 jln tu i dok doa, biarlh jpj n polis tak bt roadblok. eheheheh... tawakkal tahap tinggi...mmm...boleh ke cmtu?

kitorg stop kt tapah. tp kejap ja, dok rehat2 sat, p toilet, beli air. peh dpt lak sample colgate kayu sugi free. diorg dok bt promosi kt situ. klu brg2 free ni..i trigt kenangan i, sekupang dgn murni p pc fair yg baru2 nih. kitorg sesat kt pc fair tu, xjumpa memasing. tiba2 ada promoter bg brg free (hammer balloon apacer)i punya la brebut. berebut2 tiba2 cam kenai ja mmbe sebelah.kekeke...ropa2 nye sekupang pun ikut serta gak berebut. lawak sgh. dok sat si murni pulak mai dok berebut jugak.kekeke...kita punya gelak. moral kt sini..kitorg klu trpisah..p la cri kt tpt yg ada brg free. msti jumpak punya eheh..

prjln kli ni mcm satu pilgrim. sbb sblm ni dlm bln posa tu byk hal jadi kt i. smpai rsa mcm nk lari dr msia nih. pedih sgh. balik rya pn xda pape sgt yg spesel. 1st rya p rumah sedara. tu pun 1 rumah ja. 2nd rya p rumah kwn skolah dulu. rya 3 dh xp mana2. dok rumah ja tgk tv. plan nk p perlis xmnjdik. xpalah. ok ja sbnrnya klu i nk p perlis tu. tekan ja minyak smpi la sana. tp i rsa mcm mudah sgt. so i ambik keputusan biarlh....mybe lain kali i akn p perlis. bukan sekarang...

ok, i dgn sekupang smpi shah alam tepat at 3.00pm. on da dot keta aku park kt s7. lega rasa. rasa mcm "merdeka"!!!!





yehhhh...akhirnya brjaya jugak aku mn'complete'kn perjalanan solo ku yg pertama.....