Meow Meow Family

Please Click If You Want More Info...

Wednesday, November 26, 2008

Kau Tetap Di Hati



hanya cover sahaja??
eheheh...isi nye tgu dulu ya
aku baru ja nk mentelaah...huhuhu...

novel dari liza zahira
baru quater reading
tp menarik....

**************************

well sempena pelancaran novel ni, satu peraduan kuiz tlh diadakan.
and there got many2 prizes to be won
so apa lagi geng....meh la kita join peraduan ni reramaiii...


klik sini-----> alaf21FC


20 penyertaan paling awal akan menerima Baju T Liza Zahira

Hadiah Pertama : Wang Tunai RM300
Hadiah Kedua : Wang Tunai RM200
Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM100
10 Hadiah Saguhati : Senaskah novel Liza Zahira (Pemenang boleh memilih salah satu novel Liza Zahira)


SOALAN-SOALANNYA:


1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke berapa?
2. Selain Malaysia, negara manakah yang menjadi latar cerita KTH?
3. Berikan nama anak-anak saudara Sophia dalam Kau tetap Di hati?
4. Bahtera Kasih (BK) merupakan novel ketiga Liza Zahira. Apakah nama kapal lanun
yang menculik Carra Lina dalam novel tersebut?
5. Siapakah lelaki yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina dalam BK?


Lengkapkan kata-kata berikut (tidak lebih dari 20 patah perkataan).
Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana ……………………………..

Tuliskan Nama, No.kad pengenalan, Telefon dan Alamat berserta jawapan lengkap anda ke:

liza_ktd@yahoo.com dan cc ke
lizaali@karangkraf.com atau liza_zahira2@yahoo.com.my


TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA: 31 DISEMBER 2008

Saturday, November 15, 2008

lelaki berduka dari tanah rencong..




perkelahian dari langit yg tak berkesudahan
laksamana sunan terus diburu kejahatan
yg tak pernah padam...

pertentangan antara kebaikan dan kebatilan
membawa laksamana sunan bertemu dengan ratu sulaman
sang ratu waris dari pulau utara
waris kegelapan yg membawa kehancuran
mata yg penuh nista dgn dendam api kemarahan

namun sang ratu akhirnya tewas
kalah dengan keperibadian ulung sang adiwira
luluh hatinya mendengar kebenaran
yg selama ini tidak diketahui

laksamana sunan...sang ratu
akhirnya bertaut di atas nama cinta
cinta Illahi, cinta pada Rabb...
" sbg manusia aku sayang padamu..."
kata-kata yg penuh pengharapan
seikhlas hati...

namun dendam yg tak sudah
memisahkan sang ratu dgn suami yg dikasihi
ribut sengsara melanda sang wira
isteri telah diracuni hati
kembali ke sisi gelap..
angkara maharani...pemerintah pulau utara

terusik jiwa...ketiadaan separuh dari nyawa
dia digelar lelaki berduka dari tanah rencong....

haryani yg telah sedar dari koma
bertekad utk menjejaki dani di Aceh
kegalauan hati memaksa haryani
menempuhi rintangan perjalanan yg sukar
di mana akhirnya haryani terdampar di bumi manggala
bumi di mana segala kejahatan tertumpu
bumi yg menuntut korban
demi menghidupkan warisan menggala
manusia serigala pemuja syaitan

dan kejahatan terus memburu
perkelahian yg tercetus dari langit
yg tak berkesudahan...

sebagai manusia aku sayang padamu

Tuesday, November 04, 2008

terhanyut oleh cinta haryani & laksamana sunan..



buku yg agak2 baru tp bukn terbaru yg aku beli
Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta...

stlh sekian lama...aku bepeluang baca buku ini
yg first 1 - Bagaikan Puteri pd 3 Nov 2008
actually aku dh beli lama
cuma xdak kesempatan utk mmbaca
YA ALLAH jgn la Engkau tarik nikmat ku
berdampingan dgn buku2 yg aku cinta..


aku mula baca dr helaian pertama
pada jam 11.45pm....sungguh mendebarkan
dan aku jatuh cinta....

haryani dr zaman ini
lincah bergaya & periang
menerima hadiah mushaf yg tercatat namanya
~haryani, kau bagaikan puteri~
mushaf dr kurun terdahulu...

akibat dr kecelakaan
haryani terperangkap dlm dunia koma
yg mempertemukannya dgn laksamana sunan
mewarnai lukisan cinta di dlm hati
gadis dr abad 21 dn sang wira dr kurun ke 15

kisah cinta mustahil
yg dipotretkan dgn begitu indah
hingga mencabar daya fikir sendiri
mana mungkin kes sebegini terjadi?????
jika dihitung pada logik akal manusia
tp kita xdpt juga nk menolaknya
kerana sesungguhnya
Tuhan lebih mengetahui di atas segala sesuatu...

konflik kebenaran vs kebatilan
mgheret laksamana sunan
ke dlm gelojak rasa yg maha hebat
agama yg diperjuang
haryani yg dicinta
maka pengorbanan adlh jln yg terbaik
berkorban krn cintaNya
cinta pd Illahi
cinta pd Rabbi

haryani di dlm dunia koma yg sepi di abad 21
yg ditagih cintanya oleh keluarga, rakan
dan dani...
di rayu utk kembali

haryani yg hidup dgn cinta di kurun ke 15
sehingga memutuskan
utk memilih kekal berada di situ

dani..pemuda abad 21
jatuh kasih pada haryani yg sepi
bagai ada suatu tautan yg kuat
yg mendorongnya utk membawa haryani
kembali...

aduhhh..begitu asyik aku mmbaca
sehingga xterasa masa berlalu
dn aku terlupa masa tidurku..
laksamana sunan, haryani & dani
jodoh yg bersilang & melangkaui zaman

laksamana sunan & haryani
cinta yg indah, lahir dr jiwa yg suci
bercerai jasad, hancurlah hati...

dani yg mendamba cinta haryani
ttpi kalah pada pesona sang wira
haryani begitu kelam tanpa cintanya
lalu dani mmbawa diri
mencari warisan yg tertinggal
di bumi aceh...
cinta yg mmbawanya berkelana
dn terperangkap hilang entah ke mana...

habis aku baca pada jam 5.00am
aku bagai terperangkap dlm waktu
sungguh luarbiasa...