Meow Meow Family

Please Click If You Want More Info...

Tuesday, December 26, 2006

untuk seseorg yg tak pernah memahami...


lagu ini ditujukan buat seseorg
yg telah berada di dlm hati ini
buat sekian lama
tp xpernah cuba utk mengerti
dan xpernah cuba utk memberi...

**cintamu**
cintamu yg kurasa
walau tak terucap
semakin dalam

cintamu telah terukir
di batas cintaku
selamanya

tak pernah ku mencoba
lepaskan cintamu walau sesaat
sejujurnya diriku
terlalu sayang padamu

ku ingin slalu dlm cintamu
dan tiada
yg kan memisahkan selamanya

cintamu
yang terlintas
terbias matamu
selama ini

adakah dihatimu
terbersit satu harapan untukku
ku berjanji selamanya
kau selalu milikku
satu cinta

tak pernah ku mencoba
lepaskan cintamu walau sesaat
sejujurnya diriku
terlalu sayang padamu

ku ingin selalu dlm cintamu..

dygta feat ira

Jangan Terlalu Memilih...

Email yg aku terima dr seorg shbt. skali baca...aiksss..kena sebijik kt aku..kekeke
pk pk balik..yeke aku nih terlalu memilih??

Bla bas tu dtg, awk tgk bas tu dan awk kata pd diri awk,
"Eee...penuhnya...tak de tempat duduk."
Jadik, awk katakan pada diri awak, "Saya akn tunggu bas yg lain."
Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.

Awak tgk bas tu dan awak akan ckp, "Eee...bas ni buruk sgt... mesti tak
selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."
Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.

Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
"Emmm... tak de air-cond...cuaca pulak panas. Lebih baik saya
tunggu bas yg lain."

Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak
bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya.
Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa...awak
dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak
nak....

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond,
adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang
pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan
awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi...saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni.

Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nantikan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

....Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam
tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu...
semuanya terpulang pada diri awak.

Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba
melarikan diri daripada cinta!

Monday, December 11, 2006

Shah Alam Yang Kemurungan

shah alam yg selalu murung..mmbawa mendung dn hujan..
juga menyebabkn kitorg trkandas kt embon kopitiam..menanti hujan teduh
uuwwwaaaa....nk balik xleh...

so pertemuan mencmbhkan bibit2 kemesraan atr aku, selina, sekupang, lara,and the torn among us - izzudin (jgn maree) sibbaik embon kopitiam tu di buat dr konkrit yg mantop. klu tidak msti dh retak dsebabkn lawak sekupang yg menggeletek jiwa..kui kui kui..
aiyah...sekupang sekupang..bile lg kau nk jd sejuta
selina selina......bile lg kau nk jd bidadari
izzudin izzudin....bile lg kau nk bg kucing mkn
lara lara..........la tahdzan dgn jiwamu..

cahaya cahaya....apa yg ada dlm hidupmu.....???

sekadar kenangan menanti hujan teduh...
izzudin dgn kakaknye yg comel (kakak tumpang2 jer...)

izzudin ctrl hensem nmpk...selina with lara..
sekupang n lara

Sunday, November 26, 2006

Kuala Kurau..Di Sini Aku bermula..

Kebangkitan penulis Kuala Kurau
Oleh: DR. TALIB SAMAT

PEKAN kecil Kuala Kurau yang menjadi pusat kehidupan penduduk bergerak perlahan-lahan di tengah-tengah arus pembangunan yang melimpah ke kawasan ini. Bagaimanapun ketenangan hidup masyarakat di sini begitu dirasakan sehingga mendorong lahirnya beberapa orang penulis terkenal dari daerah ini.

Mereka yang berasal daripada keluarga petani dan nelayan ikut mencorakkan dunia kesusasteraan Malaysia menurut cara gaya masing-masing yang tersendiri.

Kuala Kurau sekurang-kurangnya telah melahirkan empat orang penulis terkenal tanah air iaitu Jaafar Abdul Rahim, Pena Mutiara, Ibnu Ahmad Al-Kurauwi dan A. Wahab Hamzah.

Keempat-empat orang penulis terkenal ini mempunyai ruang lingkup atau daerah penulisan yang tersendiri yang mengangkat ketokohan dan pencapaian diri masing-masing dalam senario dan peta kesusasteraan Malaysia.

Daripada keempat-empat orang penulis kelahiran Kuala Kurau atau Tanjong Piandang berhampiran Kuala Kurau iaitu A. Wahab Hamzah, Jaafar Abdul Rahim dan Ibnu Ahmad Al-Kurauwi bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jaafar Abdul Rahim yang lebih dikenali sebagai pemikir, penggiat pemikiran literal, aktivis sastera dan budaya, kolumnis majalah Tunas Cipta, Dewan Budaya dan suatu ketika kolumnis Dunia Pemikiran akhbar Utusan Malaysia merupakan tokoh penulis yang lebih menonjol berbanding penulis-penulis lain dari Kuala Kurau, Perak.

Sempena persaraan wajib beliau daripada perkhidmatan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 27 November ini, telah dilancarkan dua buah buku mengenai ketokohan dan sumbangannya dalam dunia pemikiran, kesusasteraan, kegiatan sukarela, kebudayaan dan penglahiran bakat-bakat penulis baru di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau, Perak.

Dua buah buku yang dilancarkan dalam majlis yang bersejarah tetapi penuh sederhana dan bermakna ini ialah antologi puisi Sahabat Sejati: 200 puisi tentang Jaafar Abdul Rahim dan buku pemikiran Jaafar Abdul Rahim: Dari Kuala Kurau ke Ampang Jaya terbitan Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd. (November 2006).

Seorang lagi penulis kelahiran Kuala Kurau yang akan bersara pilihan daripada perkhidmatan kerajaan pada awal tahun 2007 ialah Pena Mutiara atau nama sebenarnya Ahmad Sabky Haji Tahir. Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1952 di Kuala Kurau, Perak.

Pena Mutiara menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau, Sekolah Menengah Rendah Inggeris Kuala Kurau sebelum menamatkan alam persekolahannya di Sekolah Menengah Methodist, Parit Buntar, Perak.

Bidang penulisannya meliputi cerpen, puisi, drama radio dan rencana umum yang tersiar di pelbagai akhbar, majalah, radio dan media massa lainnya.

Penulisan

Penglibatannya dalam bidang penulisan cerpen dan puisi lebih menonjolkan namanya berbanding bidang lain.

Hal ini ketara dengan penerbitan beberapa buah antologi cerpen dan puisi persendirian yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit di negara ini seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Teks Publishing Sdn. Bhd., Penerbitan Keramat Sdn. Bhd., dan Univision Press Sdn. Bhd.

Sehingga kini beliau telah menghasilkan tiga buah kumpulan cerpen persendirian iaitu Cinta Seorang Seniman (1984) terbitan Teks Publishing Sdn. Bhd., Perginya Seorang Seniman (1989) terbitan Penerbitan Keramat Sdn. Bhd., dan Mangsa terbitan Univision Press Sdn. Bhd.

Manakala kumpulan puisi persendiriannya berjudul Bunga Desa diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991. Manakala sebuah kumpulan persendiriannya yang lain berjudul Perempuan diterbitkan oleh Univision Press Sdn. Bhd.

Kumpulan cerpen pertamanya Cinta Seorang Seniman (1984) memuatkan 13 buah cerpen yang memaparkan pelbagai tema dan permasalahan hidup manusia. Bagaimanapun persoalan cinta mendasari hampir keseluruhan kumpulan cerpen ini sesuai dengan sifat cinta itu yang universal.

Kumpulan cerpen Perginya Seorang Seniman memuatkan 17 buah cerpen yang dihasilkan dari tahun 1982 hingga 1987, mengungkapkan pelbagai persoalan sosial, politik, dan permasalahan hidup serta suka duka manusia penulis dan seniman yang tidak henti-hentinya dilanda musibah dan malapetaka.

Serpihan malapetaka zaman kolonial dan zaman merdeka yang dialami oleh manusia penulis sekali gus seniman dan pemikir bangsanya digambarkan dengan meyakinkan oleh Pena Mutiara.

Manakala Ibnu Ahmad al-Kurauwi atau nama sebenarnya Azman Ahmad lebih menonjol ketokohannya dalam penulisan cerpen dan penulisan kisah-kisah agama dalam majalah Dewan Agama dan Falsafah.

Penglibatan Ibnu Ahmad al-Kurauwi dalam bidang penulisan cerpen ketara dengan penyiaran cerpennya dalam akhbar Mingguan Malaysia, Dewan Masyarakat, Berita Minggu, Utusan Melayu Mingguan dan beberapa akhbar dan majalah lain.

Sebuah cerpennya yang tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia pernah memenangi hadiah sagu hati dalam penilaian Hadiah Sastera Utusan Melayu-Exxon beberapa tahun lalu.

Kolumnya dalam majalah Dewan Agama dan Falsafah terbitan Karangkraf Sdn. Bhd., yang menyiarkan kisah-kisah agama, masyarakat dan moral yang diangkat daripada kisah kehidupan manusia mithali merupakan kolum yang menarik dan penting untuk memupuk pembinaan akhlak, moral dan jati diri manusia yang baik.

Pengkritik

Seorang lagi penulis kelahiran Tanjong Piandang, tidak jauh dari kawasan Kuala Kurau ialah A. Wahab Hamzah, seorang pengkritik filem yang tidak asing lagi daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Ulasan dan kritikannya tentang filem Barat dan Timur sering tersiar di akhbar Utusan Malaysia, Dewan Budaya dan sebagainya.

Beliau merupakan salah seorang tenaga penggerak teater di Dewan Bahasa dan Pustaka daripada kalangan generasi baru yang cukup menonjol penglibatannya kini dalam menghidupkan dan memeriahkan semula teater di DBP.

Penglibatannya sebagai penggerak Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka mencergaskan semula kegiatan teater di DBP dan penampilan persembahan teater hampir saban bulan daripada kalangan pengarah lama dan baru.

Suasana persembahan teater yang lesu di DBP kembali disuburkan oleh adanya aktiviti yang digerakkan oleh Unit Stor Teater DBP yang dilibatkan dengan cergas oleh A. Wahab Hamzah.

Hal ini menunjukkan penglibatan A. Wahab Hamzah cukup penting dalam menggerakkan teater di DBP. Beliau sendiri pernah mementaskan teater antaranya “Rumah Manusia” di samping ikut terlibat dalam lakonan dan pementasan teater lain di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Secara umumnya, kebangkitan penulis-penulis kelahiran Kuala Kurau seperti Jaafar Abdul Rahim, Pena Mutiara, Ibnu Ahmad al-Kurauwi dan A. Wahab Hamzah mempunyai jalur pemikiran dan sumbangan yang tersendiri dalam bidang kesusasteraan.

Misalnya Jaafar Abdul Rahim lebih menonjol sumbangannya dalam bidang pemikiran literal dan penganjuran seminar teori dan kritikan sastera.

Manakala Pena Mutiara lebih ketara sumbangannya dalam penghasilan cerpen dan puisi sehingga pernah dianugerahkan hadiah dalam bidang puisi oleh kerajaan Perak dan pernah memenangi hadiah cerpen remaja dalam penilaian Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank beberapa tahun lalu menerusi cerpennya “Surat Dari Kuala Lumpur”.

Begitu juga Ibnu Ahmad al-Kurauwi lebih ketara dan menonjol bakatnya dalam bidang penulisan cerpen sehingga memenangi hadiah penghargaan dalam penilaian Hadiah Sastera-Utusan Melayu-Exxon Mobil beberapa tahun lalu menerusi sebuah cerpennya yang berunsur keagamaan.

Demikian juga A. Wahab Hamzah lebih ketara sumbangannya dalam bidang kritikan filem dan pengurusan kegiatan sastera khususnya Stor Teater DBP yang mulai meninggalkan impaknya yang tersendiri kepada pertumbuhan dan perkembangan teater Malaysia khususnya dalam penglahiran generasi pelapis teater di negara ini.

Kesimpulannya, Kuala Kurau, Perak bukan sahaja terkenal sebagai kawasan tangkapan ikan atau hasil-hasil sungai dan laut dan tumpuan nelayan mahupun penanaman padi di negeri Perak tetapi juga melahirkan empat orang penulis terkenal di Malaysia. Mereka menyumbangkan pelbagai hasil tulisan, pemikiran dan karya sastera yang berupaya memanusiakan jiwa manusia menurut cara gaya masing-masing.

Tuesday, November 14, 2006

dunia ku..




xtaula apa kategori hidupku skrg ni
haru biru rasanya..dgn jiwa kacau
dgn plan thn ni yg xberapa nk jd
dgn plan2 utk thn depan yg ntah jadi ntah tidak
dgn kerja yg berlonggok2 ( mengejar 15.12.2006 - acc closing)
dgn lesen keta (test 21 ni)
dgn road tax insurance (21 ni jugak)
haii...sgh2 penat..
sgh2 letih..
sgh2 ntah pape..
apa nk jd dgn aku nih???????

Friday, November 10, 2006

ayat - ayat cinta....




ayat - ayat cinta,
sebuah buku pembangunan jiwa sbgmana yg tertulis kat cover buku.
(atas saranan seorg sahabat - utk i baca dn hayati...)

buku nih bagi i mmg interesting. i dh habis baca dn mmg i learn somethg fr it.walaupun title buku ni agak "jiwang" tp isinya xle sampai melalaikan. buku nih mmg mengujakan, maybe sbb jiwa i kosong kot kekekekek..

bagi shbt2, bacalah buku ni. insyaAllah bermanafaat

Thursday, November 02, 2006

perjalanan soloku yg pertama


perjalanan solo ku yg pertama pada 28.10.2006 pukul 9.15am. dari kpg ke kemunting ambik sekupang. sampai kemunting tepat 9.45pm. kul 10.00am sekupang sampai. gerak dari sana kul 10.00.

mcm xsgka lak i drive secara solo sampai shah alam. eheheh...takut jugak tp nk bt cmne.tawakkal tu penting!! perjalanan ini jgk umpama satu frame " matlamat tak mghalalkan cara". anyway alhamdulillah semuanya selamat. sb pe i cakap cmtu??? sbbnye...i xdok lesen ler. main hentam jer bwk keta sampai kpg. nk raya dgn keta punya pasal. isk..isk..isk..tu pun sepjg2 jln tu i dok doa, biarlh jpj n polis tak bt roadblok. eheheheh... tawakkal tahap tinggi...mmm...boleh ke cmtu?

kitorg stop kt tapah. tp kejap ja, dok rehat2 sat, p toilet, beli air. peh dpt lak sample colgate kayu sugi free. diorg dok bt promosi kt situ. klu brg2 free ni..i trigt kenangan i, sekupang dgn murni p pc fair yg baru2 nih. kitorg sesat kt pc fair tu, xjumpa memasing. tiba2 ada promoter bg brg free (hammer balloon apacer)i punya la brebut. berebut2 tiba2 cam kenai ja mmbe sebelah.kekeke...ropa2 nye sekupang pun ikut serta gak berebut. lawak sgh. dok sat si murni pulak mai dok berebut jugak.kekeke...kita punya gelak. moral kt sini..kitorg klu trpisah..p la cri kt tpt yg ada brg free. msti jumpak punya eheh..

prjln kli ni mcm satu pilgrim. sbb sblm ni dlm bln posa tu byk hal jadi kt i. smpai rsa mcm nk lari dr msia nih. pedih sgh. balik rya pn xda pape sgt yg spesel. 1st rya p rumah sedara. tu pun 1 rumah ja. 2nd rya p rumah kwn skolah dulu. rya 3 dh xp mana2. dok rumah ja tgk tv. plan nk p perlis xmnjdik. xpalah. ok ja sbnrnya klu i nk p perlis tu. tekan ja minyak smpi la sana. tp i rsa mcm mudah sgt. so i ambik keputusan biarlh....mybe lain kali i akn p perlis. bukan sekarang...

ok, i dgn sekupang smpi shah alam tepat at 3.00pm. on da dot keta aku park kt s7. lega rasa. rasa mcm "merdeka"!!!!





yehhhh...akhirnya brjaya jugak aku mn'complete'kn perjalanan solo ku yg pertama.....

Friday, October 06, 2006

Aku Dah Lepaskan Semuanya....

6 Oct 2006,
Aku dah lepaskan semuanya. Apa yg ku nanti dh trjwb, wpun dgn cara yg amat memedihkan. So pathetic. Tp aku ttp redha. Ntahla,nk kata trlalu sedih tak juga. Nk kata xsedih tipu la pulak. Yg pasti aku xmenangis pun, mungkin juga hati aku dh keras, dan mgkin juga hanya hati aku yg menangiss....ntahla...

Aku xtahu kenapa? tp tarikh ini akn mnjd tarikh yg amt sedih dlm hidupku. aku kehilangan "impian"........
dn aku pn terfikir. layakkah aku pgl ini "impian"? "impian" aku trlalu indah. trlalu perfect, justeru itu aku fikir kembali, mungkin bukan ini. mungkin jln utkku masih jauh.

selayaknya kisahku yg mengambil masa hampir 1 tahun ini ku pgl pengalaman. pengajaran hidup utk aku lebih mengenal hati budi seseorg. rupa2 nya masih ada lelaki yg trlalu ego, trlalu tipikal. dn aku hanyalah singgahannya yg sementara. baru aku tahu.....baru aku tahu...

dlm meniti masa2 "penentuan", kerapkali aku mengandaikan perpisahan. tp sntiasa disanggah. aku dikatakan terlalu tidak memahami. lantas aku menjeruk rasa. berdiam diri. xtahu bagaimana dn xtahu mengapa.

perjlnan hidup aku ini, di akhir2 usia remaja ku, hanya brkisar ttg cinta, perhatian dn kasih sayang. perjalanan ku yg jauh hingga aku semakin letih dan brputus asa.

dan inilah sudahnya. di pagi hari ini, Jumaat, 6-Oct-2006 kisahku berakhir. AKU DAH LEPASKAN SEMUA!!

Monday, September 25, 2006

Teman...


teman jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dengan amaran Allah,
jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta,
jika aku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga,
Jika diantara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera,
Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah,
Dan jika esok ku lena tanpa jaga, iringilah lena ku dengan kalungan Doa,
Semoga ukhwah kita berpanjangan selamanya.

Saturday, September 09, 2006

musim rinduku yg panjang....

salam,

its been 6yrs kt shah alam. petama skali dtg msa dftr itm. rsa mcm sgh mncbr dn sgh truja. shah alam mndewasakan aku (not really), budak kpg yg xtau pape!!

slma 6yrs ni aku tempuh mcm2, jmpa mcm2 ragam manusia, dpt ramai kwn baru dan...dpt hobi baru....brchattg. almost evryday i spent my time kt cyber cafe, chit chattg with siber fren yg most of them adlh student azhar. ada 2-3 org la dr them yg smpai skrg pn still in touch. one of them is so special. i d rather do anything juz to make him happy. by tht time i knew already tht i like him. but i juz ignore. i dnt put to much attention to it.

our frenshp grown, and i learnt much abt my fren. like i knw him since birth.
but i want to be on a safe side. i dnt want to lose him. if its better for us to be fren...then juz be it!

but, Lord knows what is best. dgn takdirNya juga, wht hv i kept before...is not a secret anymore. he know abt it already. what more can i say. of course, dia trkejut...surprise like hell i suppose.

but now, evrthg seems to be upside down. sometime, i regret it. why? why it must be in diz way. i dnt wanna lose him. but i think i hv spoil it already!!!!

musim rinduku yg pjg......bermula dr yr 2000....untill now..

Friday, September 08, 2006

my journey....



salam,
pic kt atas adlh satu dr catatan perjalanan hidup aku mgu lepas.aku balik kpg jum mlm..sampai btwh 530pg.tgu sampai 640pg utk dpt bas balik p.buntar.kul 740pg lbh dh sampai pb...tp hampeh...bs xada daaa....
dok nunggu ler kt situ sampai kul 830 bru ada bas balik rumah...KUALA KURAU.....yeah
ghindunye aku kt my house.my jannah...walaupn sakinah ku telah tiada..tp msh ada 'izzah di situ

barissss sediaa.... fr left...kila, chaq, kupu2,chik. kt depan..mira dn nurul.

kila, chaq n chik is my brother's tentera (actually chaq n chik is an unidentical twin). mira, kupu2 n nurul is my sisters. so altogether i hv 6 nieces lh...

da reason why all of them ada kt rumah i yelah, sbb depa suma nk prezent (mata-mata hadiah sgh anak2 sedare ku...time ada hadiah ajer bru nk mai....hampeh!) eheheheh...biasalh budak2 mmg cmtu. but i luv them very much mmmmuaaahssss..

diz is shakila.she s d oldest. bru std 5.she s my brother's girl.


kila n chik. chik is the youngest. nor shamira


mira s anak sulung my sis (roseamiera) chaq is da twin sister to chik (shahira).lg 2 org is my sisters girl-ayu wahida a.k.a ayu kupu2 dn nurul aneesa.

tulah dia barisan pertahanan..the last frontier on earth yg hampeh. posa pn dak lg, depa dh ada list brg2 yg depa nk for ths coming raya. posa pn xtentu lg leh full ke dak. duit rya siap bagi minimum rate is rm50. igt i ni kerja cop duit apa.

zaman budak2 mmg best. xperlu pk apa2. xperlu bimbang. xperlu ada mslh. hanya main main main dan main.....dan makannnnn. syok tgk diaorg

sygku semua, bahagianya mnjd kalian. korg semua xtau apa yg maksu alami. korg xtahu yg maksu skrg tgh bersedih hati..dn hampir patah hati.....

Wednesday, August 30, 2006

Pengalaman Ngeri!!!

kekeke...actually xla ngeri sgt pun. but 4 me its rather scary.
nk tau pasepa? actually i met with a guy fr nigeria. dh several times diz guy dtg menyebok chit chat witz me kt tpt i buat pt time. b4 diz, mamat nigeria ni slalu dtg dgn geng2 dia. dok cri2 brg la, tanya pasei computer gadgets la andddddddd...he always try to find a way to talk witz me. dok kacau aku bt kerja je, apa barang!!!

yesterday dia dtg lg and diz time he s alone, claiming tht his notebook got problems. piiirah...yesterday tu la saat yg plg2 aku menyampah. dia leh propose to marry me. korg believe it or not. of course la dia actually ngengada ja. tp aku xleh accept la. budus punye foreigner.

ada one time tu, aku saja je kata klu aku kwn dgn dia, nti dia balik nigeria. so cmne? leh pulak dia kta, i always can comeback to meet u. cheh...hape dia igt naik kapaiterbang tu mcm naik bas intrakota je. siap story me tht back in nigeria, dia ada 2 cars, 3 houses. claiming tht he s wealthy la kunun. hingat aku teringin sgt ke. aku pun ada keta laaa....(wpun hanya kancil.....kekekeke)siap ckp nk invite me to visit nigeria. and siap ckp tht he s willing to stay in malaysia if i want him to do so. ckp mcm la aku ni gf dia (bf aku pun dok lagu ni....)

byk lg la yg dia ckp tp aku maleh la nk quote. rsa mcm nk muntah!

moral is...foreigners ni (maybe not all la..) sntiasa ada ja plan dlm o-tak diorng utk jd malaysian. well, our country kn best and byk opportunity yg they can grab.
so thts why la diaorg sntiasa mengintai peluang nih. but sorry it will not work on me!! amfes...

so thts da story. cerita aku yg ngeri...sbb yg jd ngeri ni is when dia bg dia nye ctc number and begging me to ctc him. kwang3....and say "i look fwd 4 ur call." hape dia igt aku nk call dia ke. tp aku takut gak. for sure dia msti akan slalu brtandang kt tpt aku dok bt pt time tu.

ya Allah, lindungilah hambaMu ini. Sesungguhnya pada Engkaulah aku memohon petunjuk dn perlindungan.

Monday, August 28, 2006

bersandar pd janji Nya..

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan kerana
Cinta yang tlah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati
(Bagiku engkaulah…cinta sejati… )

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Saturday, August 26, 2006

ku mohon kesudahan yg baik bg kisah ini....


salam,
lama gak xupdate blog ni. since early aug rsanya. sibuk sgt la dgn kerja dunia..ish..

sahabat yg memahami,
aku tau korg semua msti hairan dn pelik tgk aku lately. cmne nk cakap...skrg nih aku dlm perhitungan. aku ada kisah yg xselesai, kisah yg dh tercalar...
hal ini trlalu peribadi tuk aku kngsi, dn aku mngambil tndkn utk mndiamkn diri.

lina bidadari - sori, kali ni aku xbrcerita kisahku
sekupang - pndganmu yg mnjd mataku utk aku mngenal hati ini..
tinike - kau byk mmbntu akak, akak slalu brleter sb sdh ku angp kau bagai adik...
ita - wpun kau ni kepoh, tp pndgn kau mmg terbuka dn mmbuka mata

kisah aku tlh tercalar. aku sndiri dh xmmpu nk mghadapi hr2 besok yg ku rasakan trlalu fragile. aku thu aku trlalu ikut hati kali ini. di duga dgn perasaan dn jiwa...xmmpu rsanya..



shbt2 yg byk mmbantu wpun korg sndiri xtau apa mslh aku sbnrnya...
terima kasih.

Thursday, August 10, 2006

cornflakes....




cornflakes....
cute as his name..
naughty as his name...
ahhhh....so cute!!!

Tuesday, July 25, 2006

pernah terfikir untuk pergi...



Pernah berpikir 'tuk pergi
Dan terlintas tinggalkan kau sendiri
Sempat ingin sudahi sampai di sini
Coba lari dari kenyataan
Tapi ku tak bisa jauh jauh darimu
Ku tak bisa jauh jauh darimu

Lalu mau apa lagi
Kalau kita sudah tak saling mengerti
Sampai kapan bertahan seperti ini
Dua hati bercampur emosi

Tapi ku tak bisa jauh jauh darimu
Ku tak bisa jauh jauh darimu
Sabar sabar aku coba sabar
Sadar sadar seharusnya kita sadar
Kau dan aku tercipta
Tak boleh terpisah

Dan tak bisa jauh jauh darimu
Ku tak bisa jauh jauh darimu

Monday, July 24, 2006

cahaya yg suram...



cahaya...apa yg aku ada
serasa begitu berliku perjalanan hidupku
di mana silapnya
tiada lagi sakinah
hanya hari-hari yg suram
*******
kasih yg masih tak bertanda
tinggalkan aku hanya soalan
yg ntah bila kan terjawab
*******
aku tahu ia berbeza..
krn apa yg aku rasa
tak sama dgn apa yg dia rasa
itu yg memungkinkan takdir ku berbeza...
********
cahaya....apa yg aku ada

Wednesday, May 31, 2006

bukan perempuan biasa..

(sekadar sambungan dr blog lina bidadari)

bukan ppuan biasa..

bukan brsandar pd rupa
bukan jua pd harta
juga bukan pada keturunan yg gah
(krn semua itu tiada...)

hanya sandaran pd agama..
pd agama...

hingga brakhir nafas
hanya brsndar pd agama..
krn itu yg aku ada
sedikit pedoman dr ayahbunda

Friday, May 26, 2006

Malaysiaku Ohh..Malaysiaku...

Rasional tarif baru elektrik
Oleh: MOWARDI MAHMUD (Wartawan Utusan)

KENAIKAN tarif elektrik yang pertama sejak sembilan tahun lalu, akhirnya diumumkan kerajaan. Dan, apa yang jelas, ia tidaklah membebankan golongan bawahan seperti mana yang dibimbangkan sebelum ini.
***yeke?gaji xnaik pn.tp expenses makin naik***

Kerajaan hanya menaikkannya pada purata 12 peratus berkuat kuasa 1 Jun ini dan pengguna yang mengguna kurang 200 kilowatt/jam sebulan dikecualikan daripada kenaikan itu. Kadar itu lebih baik berbanding cadangan pengecualian 150 kilowatt/jam sebelumnya.
***ckp ja bolehlaa..***

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas mengenai tarif baru itu menyifatkan kenaikan yang diumumkan oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik itu sebagai munasabah.
***rsa mcm nk menangis ja***

rasional ke kenaikan tarif ni? generally, servis TNB takla bagus sgt pun. so apala rasionalnya kenaikan ni. utk kebaikan rakyat ke? utk kebaikan TNB ke? ataupun utk kebaikan kroni2...

xrasional la mcm ni...

**kelip2 si kupu2 TNB**