Meow Meow Family

Please Click If You Want More Info...

Showing posts with label myBooks. Show all posts
Showing posts with label myBooks. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Rayyan Fantasi..



The New release novel
by Malaysian Thriller Novelist Ramlee Awang Murshid
Only At MPH Alamanda Putrajaya on this coming 4 Dec 2010
from 10.00am to 2.00 pm

i loves RAM's novel because its not just a novel
but also a mind breaker
we reads and we think
its fun for me..
i dont know about you
but if you want to experience it (the feeling)
comes to MPH Alamanda and buy the novel..
hehehe...

Thursday, September 02, 2010

Tuesday, June 22, 2010

mari sertai / lets join together..



lets join together
the books gathering
bring along ur own books, magazines etc
to read at the lake (shah alam lake)

i'll be there
joining my office team
will be reading 'CINTA SUFI' by RAMS
see u there guys...

lets build up a reading nation!!!!!

Monday, April 26, 2010

Naskah Cinta Mini....~selingan jap~


TERBAHARU!!!
Naskah Cinta bersaiz mini untuk anda
Harus dimiliki


Senang dibawa bersama ke mana-mana sahaja
sbg bacaan harian, untuk hadiah, hantaran perkahwinan, cenderahati kelas/persatuan..dll

Saiz ukuran 14.5cm L x 10cm T

Mengandungi 2 buah kitab :
1. Yaasin & Tahlil
2. Surah-surah Amalan (consist of 6 surah)


Rekaan yg menarik & komprehensif
- Rekaan luaran & dalaman yg cantik
- Teks jelas dan mudah dibaca
- Surah Yaasin dan terjemahan ayat
- Kitab surah amalan (6 surah pilihan)
(Surah Al Kahfi,Surah As Sajadah, Surah ad Dukhan, Surah ar Rahman,Surah Al
Wadiah, Surah Al Mulk)

HARGA YG BERBALOI
RM 15.00(Semenanjung)
RM 20.00(Sabah/Sarawak)

Kos Postage bergantung pada unit tempahan & tempat penghantaran.
FREE DELIVERY bg sekitar Lembah Klang.

Untuk Tempahan boleh text me @
email: atreyu05@yahoo.com
mobile: 012-2478483
\(^_^)/






kecil, komprehensif dan mudah



Terbaharu di pasaran RM15.00 SAHAJA

Monday, March 15, 2010

Naskah Cinta For All...



TINGGAL 1 UNIT SAJA LAGI (1st edition style). HARGA MASIH LAGI RM 20.00 DAPATKAN SEGERA!!!!!

NASKAH CINTA NEW RELEASE AKAN COMES IN

4 COLORs - ORANGE, WHITE, GREEN & PURPLE DAN JUGA ADA MINI NASKAH CINTA. CHECK IT OUT!!!!








pls click text me for more info: atreyu05@yahoo.com or 012-247 8483

adiosss!!!

Wednesday, September 09, 2009

mikhail..bukan sekadar nama



jom baca buku baru di sini mikhail by sdr Ramlee Awang Murshid
pernahkah kita ter pk yg hidup kita sbnrnya hanyalah
1 konspirasi terancang??
adakah kita yakin kita ini adlh DIRI kita
yg sebenar

MIKHAIL..bukan sekadar nama??

Saturday, July 25, 2009

jom p pesta buku selangor pula...


24 jul to 3 aug 2009
mari lh beramai2 kita mengeratkan tali persaudaraan
sambl mmbeli buku
smbil berjumpa shbt2 lama & baru....

buku2 yg aku beli utk hari pertama pesta buku adlh....
1. al aqsa dalam bahaya by maszlee malik
2. kembara beirut
3. lambaian kaabah
4. kiamat sudah dekat tanda2 kiamat besar
5. siri 4 imam mazhab-imam as syafie
6. haji muda-tip2 menjadi tetamu Allah di usia muda...impian aku la tu..hehe
7. segala rahasia agama
8. travelog haji-mengubah sempadan iman ---> best giler
9. travelog dakwah-meniti hari esok
10. the road to mecca

...fuhhhh...ngam2 10 buku tp berbaloi
bila lagi nk beli buku murah2 ada diskaun
masa ni lahhh...
smpat lg aku sms bertanya pd saudara tuaku
"kuarga kita sapa yg suka sgt baca buku?"
melalui sms dia jwb..."masni la..."

hampeh nya jawapan..
maksud aku selain dr aku la
sbb aku pelik gak sbnrnya
kuarga aku bknlh dr gol pakar atau intelek
hanya kuarga anak laut yg biasa2 dn sederhana
tp dr mana aku ambil minat mmbaca ni????

buat pengetahuan semua
aku membeli buku dgn sgt extreme
sangat sangat extreme
aku boleh pokai & menahan lapar sebln itu
hanya kerana semata2 wang gaji ku
tlh habis aku guna utk mmbeli buku
waraskah aku ??!!!

Thursday, May 14, 2009

Rona Rona Cinta Damascus



Manal Husna watak utama
bermusafir menuntut ilmu di bumi damascus
tabah menghadapi
segala rintangan & cabaran
demi ilmu yg dicinta

perjalanan penuh suka duka
anak rantau di tanah barakah yg bergolak
juga turut disemai bibit cinta
dan demi menjaga akhlak
demi menjaga batas pergaulan
ikatan pertunangan disimpul

Manal Husna & Safwan
kasih yg wujud berlandaskan pegangan
tak dicemar ikatan demi nafsu
syariat dijunjung
ilmu dikejar
jodoh biarkan dahulu
******

baru saja habis baca novel sulung
karya sheila wani, a ganu born writer
ceritanya ok saja
pengalaman berada di syria
digunakan sebaiknya oleh penulis
di dalam berkarya
mengenai pengkisahan perjalanan hidup
seorg gadis bernama Manal Husna

Sunday, May 03, 2009

Ketupat Cinta...alahaii...


Ketupat Cinta by FT

sbgmana yg ditulis oleh sang penulis.
"selamat menjamu selera"..
fuh mmg terasa lapar
bila membaca novel ini
benar ni....aku tak tipu!!!

hikayat yg penuh dengan resepi2
cinta Illahi, cinta ahlulbait
sederhana yg bersahaja
tetapi macam macam adaaa
betullll....MMA!!

tak lelah baca hikayat ni
lucu, serius, pedih tersindir pun ada...
mcm makanan juga
ada pedas, manis,masam & masin
sesuatu yg menarik utk dibaca dan difahami
byk benar maksud yg tersirat
tak dpt menahan ketawa bila membaca

setiap karya2 dr FT ni
mmg tak pernah mghampakan
sentiasa segar dgn idea2 baru yg menarik dan mmbuat org tertarik
cthnya dalam
1515- FT menyelongkar sejarah yg terpadam
1511- FT menjangkau masa hadapan
siri2 det indigo - umpama penyiasat CSI.tahu serba serbi ttg scince term
adv si peniup ney - membawa kita kembara sufi
Tunggu teduh dulu - umpama petani moden yg berjaya
bedar sukma bisu - umpama pelaut yg tangkas yg hidup hanya utk samudera

salah satu ayat memikat dlm ketupat cinta...
Tubuhnya kecil rendah rambunai.Mukanya bujur daun sirih.
Dahi sehari bulan. Kening berbentuk taji.
Hidung kuntum Seroja.Telinga telipuk kayu
Rambutnya rosmah sahaja, mengerbang kembang...


tang rambut yg aku tak tahan tu.......!!!!????

buku yg aku syorkan utk dibaca.

Thursday, April 30, 2009

rindu syurga Mu


semasa KLIBF tu aku ada beli satu buku
Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan





aku dh pernah baca buku ni before
time aku studen2 dulu
hampir2 aku lupa akan kisahnya
so bila nmpk saja buku ni
aku terus ambil & bayar

buku ni kisah benar berkisar ttg pengalaman
anak tempatan dr Kedah yg mewakili Malaysia
pergi berjihad di bumi Afghan
menentang US dan juga beruang merah russia
rasanya xsemua org tahu ttg kisah ni
dan juga xsemua org kenal akn pemuda ini
tp ini lah pemuda pilihan Allah
mujahid dr benua melayu
yg meninggalkan segalanya
demi seruan jihad

keadaan dan situasi yg digambarkan agk minimal
namun mesej yg disampaikan lewat buku ini
masih mampu utk menggugah jiwa
dan aku pasti penulis mesti ada sbb2 trsendiri
ttg kenapa & mengapa kisah ini dipersembahkan sebegitu

rakan2 sekalian,
spare ur time to read thz kind of book
at least pembacaan2 sebegini
sedikit sbyk dpt mmbuat kita insaf
dan sedar betapa kerdilnya kita di sisi Allah

baca cerita ttg perjuangan
agar kita sedar & sntiasa alert
dgn segala bentuk penindasan ke atas saudara2 kita
tak selamanya kita akn berada di dlm keadaan selesa
kita sdg diuji sbnrnya
dgn keindahan & kemewahan dunia
hingga ramai atr kita yg lalai...
sampai bila..??

Nabi Muhammad SAW dalam hadithnya menyatakan :
"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing- anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu 'al- wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda 'cintakan dunia dan bencikan akhirat"


selain dari itu aku menjengah juga ke booth
Sukarelawan Pemuda Masjid
ini gambar2 yg smpt aku snap






Wednesday, November 26, 2008

Kau Tetap Di Hati



hanya cover sahaja??
eheheh...isi nye tgu dulu ya
aku baru ja nk mentelaah...huhuhu...

novel dari liza zahira
baru quater reading
tp menarik....

**************************

well sempena pelancaran novel ni, satu peraduan kuiz tlh diadakan.
and there got many2 prizes to be won
so apa lagi geng....meh la kita join peraduan ni reramaiii...


klik sini-----> alaf21FC


20 penyertaan paling awal akan menerima Baju T Liza Zahira

Hadiah Pertama : Wang Tunai RM300
Hadiah Kedua : Wang Tunai RM200
Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM100
10 Hadiah Saguhati : Senaskah novel Liza Zahira (Pemenang boleh memilih salah satu novel Liza Zahira)


SOALAN-SOALANNYA:


1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke berapa?
2. Selain Malaysia, negara manakah yang menjadi latar cerita KTH?
3. Berikan nama anak-anak saudara Sophia dalam Kau tetap Di hati?
4. Bahtera Kasih (BK) merupakan novel ketiga Liza Zahira. Apakah nama kapal lanun
yang menculik Carra Lina dalam novel tersebut?
5. Siapakah lelaki yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina dalam BK?


Lengkapkan kata-kata berikut (tidak lebih dari 20 patah perkataan).
Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana ……………………………..

Tuliskan Nama, No.kad pengenalan, Telefon dan Alamat berserta jawapan lengkap anda ke:

liza_ktd@yahoo.com dan cc ke
lizaali@karangkraf.com atau liza_zahira2@yahoo.com.my


TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA: 31 DISEMBER 2008

Saturday, November 15, 2008

lelaki berduka dari tanah rencong..




perkelahian dari langit yg tak berkesudahan
laksamana sunan terus diburu kejahatan
yg tak pernah padam...

pertentangan antara kebaikan dan kebatilan
membawa laksamana sunan bertemu dengan ratu sulaman
sang ratu waris dari pulau utara
waris kegelapan yg membawa kehancuran
mata yg penuh nista dgn dendam api kemarahan

namun sang ratu akhirnya tewas
kalah dengan keperibadian ulung sang adiwira
luluh hatinya mendengar kebenaran
yg selama ini tidak diketahui

laksamana sunan...sang ratu
akhirnya bertaut di atas nama cinta
cinta Illahi, cinta pada Rabb...
" sbg manusia aku sayang padamu..."
kata-kata yg penuh pengharapan
seikhlas hati...

namun dendam yg tak sudah
memisahkan sang ratu dgn suami yg dikasihi
ribut sengsara melanda sang wira
isteri telah diracuni hati
kembali ke sisi gelap..
angkara maharani...pemerintah pulau utara

terusik jiwa...ketiadaan separuh dari nyawa
dia digelar lelaki berduka dari tanah rencong....

haryani yg telah sedar dari koma
bertekad utk menjejaki dani di Aceh
kegalauan hati memaksa haryani
menempuhi rintangan perjalanan yg sukar
di mana akhirnya haryani terdampar di bumi manggala
bumi di mana segala kejahatan tertumpu
bumi yg menuntut korban
demi menghidupkan warisan menggala
manusia serigala pemuja syaitan

dan kejahatan terus memburu
perkelahian yg tercetus dari langit
yg tak berkesudahan...

sebagai manusia aku sayang padamu

Tuesday, November 04, 2008

terhanyut oleh cinta haryani & laksamana sunan..



buku yg agak2 baru tp bukn terbaru yg aku beli
Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta...

stlh sekian lama...aku bepeluang baca buku ini
yg first 1 - Bagaikan Puteri pd 3 Nov 2008
actually aku dh beli lama
cuma xdak kesempatan utk mmbaca
YA ALLAH jgn la Engkau tarik nikmat ku
berdampingan dgn buku2 yg aku cinta..


aku mula baca dr helaian pertama
pada jam 11.45pm....sungguh mendebarkan
dan aku jatuh cinta....

haryani dr zaman ini
lincah bergaya & periang
menerima hadiah mushaf yg tercatat namanya
~haryani, kau bagaikan puteri~
mushaf dr kurun terdahulu...

akibat dr kecelakaan
haryani terperangkap dlm dunia koma
yg mempertemukannya dgn laksamana sunan
mewarnai lukisan cinta di dlm hati
gadis dr abad 21 dn sang wira dr kurun ke 15

kisah cinta mustahil
yg dipotretkan dgn begitu indah
hingga mencabar daya fikir sendiri
mana mungkin kes sebegini terjadi?????
jika dihitung pada logik akal manusia
tp kita xdpt juga nk menolaknya
kerana sesungguhnya
Tuhan lebih mengetahui di atas segala sesuatu...

konflik kebenaran vs kebatilan
mgheret laksamana sunan
ke dlm gelojak rasa yg maha hebat
agama yg diperjuang
haryani yg dicinta
maka pengorbanan adlh jln yg terbaik
berkorban krn cintaNya
cinta pd Illahi
cinta pd Rabbi

haryani di dlm dunia koma yg sepi di abad 21
yg ditagih cintanya oleh keluarga, rakan
dan dani...
di rayu utk kembali

haryani yg hidup dgn cinta di kurun ke 15
sehingga memutuskan
utk memilih kekal berada di situ

dani..pemuda abad 21
jatuh kasih pada haryani yg sepi
bagai ada suatu tautan yg kuat
yg mendorongnya utk membawa haryani
kembali...

aduhhh..begitu asyik aku mmbaca
sehingga xterasa masa berlalu
dn aku terlupa masa tidurku..
laksamana sunan, haryani & dani
jodoh yg bersilang & melangkaui zaman

laksamana sunan & haryani
cinta yg indah, lahir dr jiwa yg suci
bercerai jasad, hancurlah hati...

dani yg mendamba cinta haryani
ttpi kalah pada pesona sang wira
haryani begitu kelam tanpa cintanya
lalu dani mmbawa diri
mencari warisan yg tertinggal
di bumi aceh...
cinta yg mmbawanya berkelana
dn terperangkap hilang entah ke mana...

habis aku baca pada jam 5.00am
aku bagai terperangkap dlm waktu
sungguh luarbiasa...

Monday, July 28, 2008

Demam Pesta Buku Selangor

Part I - Aku Ingin Menulis Seperti Mereka...

dlm masa 2-3 mgu lepas
aku begitu eager mencari blog blog penulis
yang aku admire
most of the penulis spt FT, Nisah Haron,Zaid Akhtar, Isakamari etc..dan last sekali
sdr penulis Uthaya Sankar

majority adlh penulis - penulis berbakat
yang selalu muncul di mjlh dewan siswa pada mid 90's
zaman kegemilangan secondary school aku tu
ehehehe...

aku sgt mencemburui bakat penulisan mereka
aku juga ingin menulis spt mereka :)
dan selalu berfikir
bagaimana utk mnjd seorg penulis yg baik
dn berangan angan utk memiliki sebuah buku yg best seller

maka aku pun ke hulu ke hilir dgn buku ini

konon konon utk ambik berkat
sampai lusuh dn berkarat
buku ini adlah satu fenomena bagi aku yg dungu penulisan
(FYI : i'm actually a science student, does it makes sense bile aku minat sastra???)

cerpen yg plg aku suka
1. Annyss Sophillea ( aku begitu cemburu dgn idea Pn Nisah ttg cerita dr alam/dimensi yg berbeza-begitu advance bg aku)
2. Cintaku Hanya PadaNYA ( cerpen berbentuk islami - mmg best)
3. cerpen dari sdr Uthaya Sankar ( aku dh igt2 lupa tajuk, tp ttg pembimbing rakan sebaya )

sbnrnya buku ini hakmilik perpustakaan sekolah
tp aku buat hakmilik sendiri
erkss..terbocor jugak rahsia
yg aku simpan hampir 13 thn..

begitu besar impak Dewan Siswa & Annyss Sophillea bg aku
tertarik dn menarik
tp masihhhh...aku tak mampu menulis sebaik mereka

gila dunia sastera
sampai aku ikut modul Kem Sastera
Anjuran PERENTAS dlm thn 1994/1995
(aku pn igt2 lupa)
kami kena buat ceritera rakyat
cerpen pendek pasal kisah rakyat tempatan
katanya cerpen2 rakyat itu
akn di'compile'kan
taktau la betul ke tidak
ataupun cerpen2 dari kami tu
tak bermutu
sbb aku tak jumpa pun buku tu
isk isk isk...

tak puas hati lagi aku nii..
aku masok persatuan bahasa melayu sekolah
(isk..aku jd seketari ooo hikhikhik)
hantar karya2 aku(konon la..)ke Dewan Siswa
hampeh satu pun tak keluar
sedihhh..namun aku tahu
kalau tak keluar tentu karya itu tak bagus

usaha aku utk maju dlm bidang penulisan (isk leh maju ke?)
terbantot tatkala aku sebok utk SPM
sebok dan sebok maka aku tinggalkan minat yg satu ini
lalu aku serius dgn science
(ler..igtkan bleh jadi dokter, tak jugakkk...huh!)

sampailah aku ke itm
dn bertukar lagi ke bidang kira -kira wang
ntah apesal la aku ambik akaun
aku paling tak suka matematika....
dan sampailah aku sekarang
menjadi seorg yg hari hari mengira wang..

dgn bermulanya Book Fare ni
aku trkenang kembali kegilaan ku dgn dunia penulisan
namun aku tahu (lagi...)
dgn bakat yg diasah2 tak juga tajam (eheheh..)
dgn bahan bacaan yg terhad
dgn skill & teknik2 yg tumpul
mana mungkin...

tak apalah
yg penting aku ingin menyokong karya karya mereka
karya - karya yg indah...
(disclaimer: karya indah bagi aku mgkn berbeda dgn org lain ok..)

Sunday, July 27, 2008

Laskar Pelangi Book Review



Laskar Pelangi adalah buku yg memberi inspirasi
memartabatkan pendidikan
dan memuliakan profesi seorg guru

Kisah ini memaparkan kehidupan
10 org pelajar2 miskin di wilayah belitong
yg serba kekurangan
tp penuh semangat dan waja diri
utk meraih ilmu
bersungguh2 mereka mengangkat martabat ilmu itu
dan juga menjulang imej SD Muhammadiyah
yg digambarkan spt bangsal buruk
yg menunggu masa untuk rebah..

watak utama adlh 10 kanak2 yg bergelar laskar pelangi
setiap dr mereka mempunyai kelebihan dan trademark sndiri
seperti pelangi..
mewakili pelbagai warna dan membawa pelbagai kisah kehidupan

1. Ikal - sdr penulis sendiri
2. Lintang; Lintang Samudra Basara bin Syahbani Maulana Basara
3. Sahara; N.A. Sahara Aulia Fadillah binti K.A. Muslim Ramdhani Fadillah
4. Mahar; Mahar Ahlan bin Jumadi ahlan bin Zubair bin Awam
5. A Kiong;Muhammad Jundullah Gufron Nur Zaman
6. Syahdan; Syahdan Noor Aziz bin Syahari Noor Aziz
7. Kucai; Mukharam Kucai Khairani
8. Borek aka Samson
9. Trapani; Trapani Ihsan Jamari bin Zainuddin Ilham Jamari
10.Harun; Harun Ardhli Ramadhan bin Syamsul Hazana Ramadhan

Barisan laskar pelangi yg punya peribadi yg berbeda
setiap watak mereka dilukis dgn begitu indah
teliti dn penuh perhatian
menandakan persahabatn atr laskar pelangi ini
begitu kuat dan dalam..

perkembangan awal laskar2 pelangi ini
dibentuk dengan begitu baik
oleh Ibu Guru Muslimah Hafsari
Justeru buku ini juga dikarang
adlh sebagai hadiah di atas pengorbanan
ibu Muslimah Hafsari terhadap dunia pendidikan

Guru ini mempunyai kelebihan tersendiri
membentuk laskar2 pelangi
menjadi orang yg menggilai ilmu
spt org yg kecanduan ilmu
Guru ini membentuk barisan laskar pelangi
menjadi seorg yg berani bermimpi besar..

Bagi aku buku ini hebat
walaupun penulisnya bukan dari dunia sastera penulisan
namun sdr andrea hirata menulis dari sisi kehidupan
menulis dari hati
maka apa yg dilontar dari hati itu
membekas di hati pembaca pembaca pula
lantas jln cerita menjadi semakin dekat
dn sangat menyentuh perasaan
inilah lukisan Laskar Pelangi yg indah

impak besar dari novel ini
Khabarnya..ramai org terpanggil
utk ke Desa Gantung, Kabupaten Gantung, Belitong Timur
utk mengenali siapa itu laskar pelangi
dan utk merasai sendiri
kehidupan yg mereka tempuh di masa kecil

more Laskar Pelangi
Laskar Pelangi boleh dibeli di siniUjanaIlmu
Lukisan Laskar Pelangi Yg Indah..

Wednesday, July 23, 2008

Dia Datang Lagi....

Pesta Buku Negeri Selangor 25 Julai Hingga 3 Ogos 2008

ini lh detik2 manis yang aku tunggu setiap tahun
selepas habis pesta buku antarabangsa
amat kena sekali timing pesta buku ni
sbb 24hb tu aku tgh gaji
perghh..harus pd 25hb jul tu gaji aku akn habiss lg dgn cepatnya..

persediaan aku kali ini..
aku dh siap2 ambik cuti on that day
supaya aku bleh berada di situ dari mula sampaiiiiiiii tutup kedai
ahaks..

dan sungguh aku benar2 teruja
benar2 tak sabar utk melihat rak2 buku
yang penuh
rasa mcm dok kt syurga buku
fairy tales...hmmm..

Friday, July 11, 2008

banyaknya buku..

terlalu banyak buku
aku tak tahu nak baca yg mana satu
ingin aku baca semuanya
secara sekali lalu
tapi mustahil la
ingat aku robot ke hapa..

yang penting...
semua buku aku suka
buku baru buku lama
semuanya ada

maka bulan ini
aku jadi benkrap kerananya
kerana buku yang aku cinta

ehehehe..

Monday, July 07, 2008

when it comes to books...

buku buku buku...asyik2 buku..nak kena timbus dgn buku gak ke??

salam
aku baru jer oder buku lagi
dari ujanailmu la...
senang,cepat dan mudah

ok..kali ni aku beli 3 buku saja
1. Maaf Dari Sorga - Faisal Tehrani
2. Impian Tsu Ryi - Nisah Haron
3. Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri - A.Samad Said

hmmm..aku baru jer habis baca buku Salju Sakinah by Zaid Akhtar
best jugak citer ni
dulu adlh novel bersiri dlm utusan msia
if i'm not mistaken la...kadang2 aku ni pelupa jugak org nya
ahaks...

salju sakinah ni berkisar ttg kehidupan
seorg gadis bernama sumayyah
seorang sumayyah yg berjiwa besar
walaupun di dalam kepayahan menanggung
dugaan2 yg tertimpa ke pundaknya..

plot cerita berkisar ttg kehidupannya sbg seorg pelajar
di bumi jordan
dan juga kehidupan sumayyah dlm mengendali bisnes keluarga
desa wali foods sdn bhd ~ nama produk dan sykt pun ngamcam

bagi aku...
(erksss..ada tak yg akn marah aku pasni??)
salju sakinah agak mendatar
citer nye mmg best
tapi jiwa aku xsmpai

jadi aku pun xdpt nk komen lebih
aku bagi 3*
eheheh...mcm juri profesional lak

p/s: ulasan buku hanya atas pandangan aku sbg seorg amatur dlm dunia penulisan
harap jgn ambil hati pada sesiapan yg berkenaan
sori sekali lagi...

Friday, July 04, 2008

sang pemimpi~andrea hirata - book review


alhamdulillah
dh habis aku baca buku sang pemimpi dan edensor
kalau ikutkan..kiranya aku dh terlangkau baca
sepatutnya kena baca
1. laskar pelangi
2. sang pemimpi
3. edensor
4. maryamah karpov

semuanya karya asli yg pertama dari sdr andrea hirata
kisah dr novel2 ini persis berdasarkan perjalanan hidupnya

saat membaca sang pemimpi aku begitu tersentuh
dgn watak arai
arai adlh saudara sepupu ikal...
travelogi ni begitu menyentuh hati

aku igt lagi ada satu frame-event di mana
arai sdg menunggu di tangga rumahnya
kedatangan ikal dan bapanya..
utk menjemputnya (arai)
( arai tlh menjadi yatim piatu )
sdr penulis telah melukis perjalanan suasana tersebut
dgn penuh kepedihan, kegusaran dan harapan
bagaimana arai bergelut dgn kesedihan dn kepedihan
di atas kehilangan ibu bapanya
bagaimana arai ditimpa rasa kegusaran menunggu
harapan dtg menjemputnya

dpt aku zahirkan di mataku
seorg ank kecil yg tiada apa2
menunggu di anak tangga rumah nan usang
menunggu penuh harapan
tetapi ada jua ragu dan gusar
takut harapan itu tak kunjung tiba

sungguh sedih...

seterusnya arai dn ikal menjadi saudara dn sahabat akrab
yang tidak dpt dipisahkan
perjalanan hidup mereka juga penuh dgn cerita2 jenaka dn kenakalan
sesuai benar dgn keadaan di masa kanak2 dn remaja
ikal sebenarnya byk didokong oleh peribadi arai
dimana boleh di kata ikal dn arai ibarat kembar siam

perjalanan kisah remaja mereka juga di tulis dgn begitu rencah
bagaimana mereka bekerja dan belajar demi mencapai cita2
perjuangan anak desa demi mencapai cita2 dan merubah kehidupan
watak si ayah juga ditampilkan dgn begitu bagus sekali
ayah yg hanya pekerja buruh biasa
yang tanpa lelah mencari rezeki utk sekeluarga
aku amat tersentuh dgn frame-di mana si ayah mengayuh basikal
beberapa puluh kilometer
dgn pakaian yg kemas yg di pakai hanya utk majlis2 penting
mengambil buku rekod pelajaran si anak ( ikal + arai )
begitu menyentuh hati...

kesimpulannya
cerita ini sgt best bagi aku
gambaran event sgt jelas
setiap watak di kembangkan dgn begitu halus
overall cerita ini mampu memberi inspirasi...

bacalah...

next time aku share psl edensor pulak ek..:)

Thursday, June 26, 2008

buku baru lagi

senarai buku yg baru aku beli
tapi belom habis baca lagi laaa...

A. Dari www.ujanailmu.com.my
1. cinta sangkuriang rindu oedipus - nisah haron
2. mencari locus standi - nisah haron
3. tukcai - azizi abdullah
4. merantau ke deli - prof dr hamka
5. terusir - prof dr hamka
6. tenggelamnya kapal van der wijck - prof dr hamka

B. Dari MPH SACC Mall Shah Alam
1. salju sakinah - zaid akhtar
2. sang pemimpi - andrea hirata
3. edensor - andrea hirata

Dari Smart Bookshop Shah Alam Mall Section 9
1. di bawah naungan cinta

amacam???? sapa mau join aku baca buku?????