Meow Meow Family

Please Click If You Want More Info...

Tuesday, June 23, 2009

rindu nya aku pada lambaian Mu

selamat pulang ke tanah air pada hr sel 16 jun 2009
pulang ke shah alam on 23 jun 2009
cuti plus mc...

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

pujian bagi ALLAH yg maha agung
yg menjemput aku dan bapa
menjadi tetamu di 2 tanah suci
Makkah & Madinah...
apa lg yg mampu ku kata
pengalaman ibadah yg terindah
yg aku lalui & aku rasai

syukran syukran syukran

sujud di raudhah
berdoa di masjid nabawi yg sgh indah & mengasyikkan
tawaf di kaabah yg sungguh gagah
memohon kesejahteraan dunia akhirat
setiap kali melepasi rukun yamani
melambai di hajar aswad
berdoa di multazam
sujud di kaw hijr ismail

subhanallah subhanallah subhanallah

tersentuh hati mengenang pengorbanan siti hajar
setiap kali melakukan saie
7 kali....dari safa ke marwah
jaraknya bukan dekat
sendu hati mengenangkan kekuatan hati siti hajar
pengorbanan ibu demi anak kecil yg di kasihi

ya ALLAH aku mohon pada Mu
terimalah ibadah ku dan bapaku
semoga Engkau menjemput aku dan bapaku lagi
sebagai tetamu MU
berkali-kali.....dan berkali-kali....


Thursday, May 28, 2009

perjalananku sejauh ini

3/june/2009

aku akn bertolak wit my father
klia - jeddah
menurut cikgu yg menjadi ketua rombongan
kemungkinan besar kitorg akan berpeluang
utk solat jumaat di masjid nabawi
alhamdullillah..sampai2 saja
terus dpt menunaikan solat jumaat di masjid nabi

penginapan di madinah nanti dkt hotel dallahtaibah
katanya cikgu jarak antara hotel ke masjid hanya 20m
manakala kt mekah pulak insyaAllah
kitorg akn menginap di amjad hotel

skrg aku tgh sebok2 mengemas
frankly aku pun xtau nk kemas apa
hehehehe...
1. ubat2 dh beli kt klinik soraya s3 semlm
2. toilettries pun ada, beli yg botol2 kecil saja
3. ihram utk bapa & keperluan yg lain pun dh beli

hmm..apa lg yer
rasanya aku nk beli telekung lagi
mybe nk round pkns after works today
insyaAllah

kepada rakan2 semua
doakan aku dgn bapaku
selamat pergi dan balik
juga selamat menunaikan ibadah umrah

inginku cuma satu
ingin berbakti pada ayah bunda
ingin menunaikan cita2 lama
bunda pernah bercerita
seronoknya melihat mereka
menjadi tetamu Tanah Haram
ayah selalu berkisah
ttg pemuda2 ashabulkahfi
ttg gua hira, ttg kehebatan kota
yg pernah dilanggar tentera abrahah
sehingga aku turut teruja
untuk melihat dan menghirup udaranya...
wpun bunda tlh tiada
moga ayah dpt menjadi wakilnya
moga ayah dapat melihat dgn matanya sendiri
kebesaran kota Umat Islam
yg dibangga banggakannya

Ya Allah..Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu
makbulkan doa ku..

moga ibadah umrah kami diterima Yg Maha Esa
moga dosa2 kami,ibu bapa kami, saudara2 kami
dan umat Islam seluruhnya diampunkan
berilah kekuatan kepada kami
demi menjaga kesucian Islam
moga keselamatan kami dan umat Islam seluruhnya
terpelihara dari fitnah akhir zaman
aminn..

makbulkan doaku Ya Allah


Wednesday, May 20, 2009

jagalah pergaulan


aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk...

aku nk bercakap mengenai ikhtilat ni. namun aku maklum dgn kekurangan ilmu didada, takut pulak kalau tersilap memberi maklumat atau info. jadinya aku juz copy paste fr d internet, but still aku harap dapat memberi penjelasan.


tarif ikhtilat
Dari segi bahasa, ia bermaksud percampuran unta dan manusia serta binatang ternakan
dari segi istilah pula, ia bererti percampuran atau pergaulan wanita bersama lelaki pada suatu tempat yang pada kebiasaannya akan membawa kepada saling berjumpa, melihat, dan berinteraksi sesama mereka

DALIL-DALIL LARANGAN IKHTILAT
1. Dalil Pertama

Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemani oleh mahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

Maksud dari sabda nabi: Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya

Maksud: Tidak boleh seseorang lelaki berkhalwat (berdua-duaan) bersama seorang perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.

2. Dalil Kedua

Wanita tidak diwajibkan keluar menyertai jihad.

Dari Aisyah RA katanya: "Aku telah meminta izin daripada Rasulullah untuk berjihad, lalu Nabi menjawab: "Jihad kamu (kaum wanita) adalah menunaikan haji"

3. Dalil Ketiga

Wanita tidak diwajibkan menghadiri solat jamaah di masjid seperti yang telah disepakati oleh para ulama Fekah.

Ulama berselisih pendapat pada hukum penyertaan wanita di dalam solat jemaah di masjid:
1. Sebahagian ulama berpendapat bahawa makruh ke atas wanita-wanita muda untuk hadir solat berjemaah di masjid.
2. Sebahagian lagi mengatakan ianya adalah harus ke atas wanita-wanita yang sudah berumur (tua).

Namun, pendapat yang paling kuat adalah kaum wanita diharuskan menunaikan solat berjemaah di masjid dengan keizinan dari suami atau walinya dengan syarat:
~Tidak boleh memakai bau-bauan wangi.
~Tidak berlaku percampuran (ikhtilat) antara wanita dan lelaki ketika
menuju ke masjid.

Bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' ketika menunaikan solat, kaum wanita diwajibkan bersembahyang di belakang kaum lelaki.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Janganlah kamu menghalang wanita kamu untuk hadir ke masjid, namun rumah-rumah mereka lebih baik untuk mereka.

4. Dalil Keempat

Beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk kaum wanita

Islam telah mengkhususkan beberapa hukum-hakam untuk kaum wanita ketika menunaikan ibadat haji bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita. Di antaranya, mereka tidak digalakkan menghampiri Ka'abah sewaktu kaum lelaki sedang melakukan tawaf supaya tidak berlakunya 'ikhtilat'. Selain itu, kaum wanita juga diberi rukhsah (keringanan) untuk melontar jamrah pada Hari Nahar (hari penyembelihan) sebelum terbit fajar bagi mengelakkan kesibukan dan 'ikhtilat' bersama lelaki.

5. Dalil Kelima

Larangan wanita berjalan bersama kaum lelaki di satu jalan yang boleh menyebabkan percampuran (ikhtilat).

Terdapat hadis Rasulullah SAW yang menerangkan bahawa baginda telah melihat percampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan, lantas baginda SAW menyuruh para wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' di antara mereka.

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan tentang larangan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita, lebih-lebih lagi 'ikhtilat' yang boleh menimbulkan fitnah.

IKHTILAT' YANG DIBOLEHKAN

Di sana terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yang dibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.

1. Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yang memerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.
Firman Allah maksudnya:

Persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tiada dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi- saksi yang kamu redhai

2. Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi

Seseorang wanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupun berlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadi saksi dalam sesuatu kes.

3. Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu.

Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

4. Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah

Para wanita di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat turut serta bersama- sama kaum lelaki pergi berjihad di medan peperangan. Mereka membantu para pejuang seperti memberi minum, merawat kecederaan serta meniupkan semangat jihad kepada para lelaki untuk terus berjuang. Begitu juga diharuskan juga 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita dalam satu perhimpunan mendengar tazkirah serta peringatan yang berkaitan dengan agama.

5. Ikhtilat' di dalam kenderaan awam

Adapun wanita terdedah kepada 'ikhtilat' sewaktu menaiki kenderaan awam untuk menyelesaikan sesuatu urusan seperti menziarahi ibu-bapa, sahabat- handai, pesakit, atau membeli keperluan harian, maka 'ikhtilat' seperti ini adalah dibenarkan di dalam syarak.


Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh para wanita wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya. Para wanita juga perlu ditemani suami atau mahramnya ketika menjalankan urusannya.

Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, ipar duai dan seumpamanya. Ramai wanita memandang enteng perkara ini. Contohnya membuka aurat di hadapan sepupu serta tidak menjaga adab-adab wanita Islam dengan berhujah bahawa mereka adalah kaum kerabat dan hubungan kekeluargaan yang amat rapat.


KONKLUSI

Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Tuesday, May 19, 2009

tak pernah ada Part II


aku ingin pulang
tiba2 saja rasa itu muncul..
adakh kerana aku sudah bosan dgn tanah ini
hingga aku kian terasing
dn serasa keinginan utk pulang
begitu kuat

aku rindu kaler warna hijau
yg menghiasi bendang2 sawah la nok..di sana
belakang rumah aku jah
aku rindu kilau biru samudera
di pengkalan2 ikan
yg menjadi tpt berlabuh sang nelayan
ex-job bapak aku tu

aduhaii..fragmen2 kenangan
yg bagai roll vt layar berputar
meruntun aku utk pulang
pulanglahhhhh...pulanglahhhh
terlihat wajah rindu ayah
terbau wangi badan ibu...
ibu dh tiada
terasa aku terperangkap di zaman dahulu
di mana semua ada di sisiku..

mana mungkin akn berulang
tp jejak2 itu ada di sana
tetap di sana
di tpt aku dilahirkan
di tempat kaki ku mula menapak
satu satu & mulai berlari...

rindu berat
Ya Allah...aku rindu berat
pada masa mula ku
mengenal dunia...dan kehidupan

tak pernah ada

kau tak pernah ada di saat aku memerlukan
tanpa alasan
tanpa penjelasan

di saat aku bersedih dgn ujian hidup
di saat aku hilang keyakinan tika bunda ku pergi selamanya
di saat aku merasakn sepi adlh hidupku
kau tak pernah ada di sisi..

dan aku masih bersedih
bila agaknya dapatku usir lara ini pergi
selamanya..

Monday, May 18, 2009

aqil demam


last week aqil alhafiz kena admit demc
sbb jaundice...stended la budak2
tu la mama dia xmau mkn kuchai byk2..heheheh...

ada la dlm sehari semlm jugak la
aqil kena tidoq bertemankan lampu biru tu
kesian kt aqil noo....
alalalala....

tp aqil ttp spt aqil jugak
diam je dok tido dlm bedungan cinta mama dia tu
nangiss bila lapar saja
klu lapar pulak betol2 lapar
dh la breastfeed, siap tambah sebotol lagi susu...
hebat2 alhafiz sorg ni...
kuat mkn jugak ni, adik manis ni...

aku ada snap gambaq dia
nanti la aku post dlm ni..
gambaq aqil alhafiz masa berusia 10hari...

Thursday, May 14, 2009

Rona Rona Cinta Damascus



Manal Husna watak utama
bermusafir menuntut ilmu di bumi damascus
tabah menghadapi
segala rintangan & cabaran
demi ilmu yg dicinta

perjalanan penuh suka duka
anak rantau di tanah barakah yg bergolak
juga turut disemai bibit cinta
dan demi menjaga akhlak
demi menjaga batas pergaulan
ikatan pertunangan disimpul

Manal Husna & Safwan
kasih yg wujud berlandaskan pegangan
tak dicemar ikatan demi nafsu
syariat dijunjung
ilmu dikejar
jodoh biarkan dahulu
******

baru saja habis baca novel sulung
karya sheila wani, a ganu born writer
ceritanya ok saja
pengalaman berada di syria
digunakan sebaiknya oleh penulis
di dalam berkarya
mengenai pengkisahan perjalanan hidup
seorg gadis bernama Manal Husna

Wednesday, May 13, 2009

fading silver....hmmm



katakanlah Ya ALLAH pemilik kekuasaan (kerajaan) alam buana
Engkau memberi kekuasaan kepada siapa yang Engkau suka
Engkau merampas kekuasaan itu dari siapa sahaja
yang Engkau mahu
Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa yang Engkau mahu
di tanganMu (Wahai ALLAH) segala kebaikan dan kekayaan
sesungguhnya Engkau berkuasa utk berbuat apa sahaja
terhadap apa sahaja
Engkau menabirkan siang dan malam
dan malam pula Engkau berkuasa menabirkannya dengan siang
Engkau menerbitkan suatu yg hidup dari sesuatu yg kaku/mati
sebagaimana Engkau melahirkan yg kaku/mati dari sesuatu yg hidup
Engkau memberi rezeki tanpa berhitung
kepada siapa sahaja yg Engkau kehendaki..

Monday, May 11, 2009

thx for d wishes....


add up 1 yr to my age...

thx guyz for all d wishes....
~my sis
~najibah ismail
~rozi
~monica chau
~ain PTGS
~ct maizun PTGS
~filliza hanim PTGS
~along azira
~ajeng dewi
~noor SYTYCD
~zahiru
~yasran murano
~ungku noor
~khairi syutina
~lelayang
~along azza
~aliff
~aslina saleh

Sunday, May 10, 2009

selamat hari ibu




Selamat Hari Ibu...
buat almarhumah ibunda tercinta
Hjh Hasiah Bt Ismail

buat kekanda2 yg dikasihi
Romiah Bt Mokhtar & Che Norlia Bt Mat Abu
Hafizoh By Ishak, Rumisah Bt Panut
dan semua ibu ibu yg telah berjasa
melahirkan dan mendidik amanah2 Allah
dengan sebaik mungkin....
syurga balasan buat kalian semua..insyaAllah

Friday, May 08, 2009

selamat datang wahai hati yg suci...

selamat datang ke dunia ini
buat si kecil yg dinanti2
wali tunggal (maybe kot..)
buat kakak2 comel yg bertiga tu

early morning today
my fren k.fizah sms'ed me & spread d news of d newborn
aku pula yg rasa mcm melayang2 kegembiraan
mcm kakak aku pulak yg having a baby hihih
but then aku still anggap k.fizah mcm kakak aku sndri
since i live here alone
and evrythg tht happen i turn on her first...
thx sis!!!

buat si kecil yg manis
datanglh kamu sbg penjaga yg abadi
tumbuhlah kamu menjadi mukmin sejati
pejuang agama Allah

tersenyumlah si kecil yg manis
gerakkan jari jemarimu
hilangkan resah penantian bapamu...

dan juga
rapatkanlah tubuh kecilmu ke dadanya...
ucapkan terima kasih
di atas segalanya
pd malaikatmu yg bernama 'ibu'.....



nama diberi muhammad aqil b mohd asri
p/s: stail tangan mcm otromen tuuu....haduhaiiii...

perjalanan ku sejauh ini..PRE-KEMBARA IBADAH

ntah part yg keberapa aku pun tak tau
dh terlost count

to date...less than 1 month
aku akn memulakan kembara ibadahku
bersama bapa
semoga segalanya akn berjalan accordingly
ikut schedule..
semoga perjalanan kami ini
diberkati & diredhai

Ya ALLAH
terimalah aku & bapaku
sbg tetamu Mu
naungilah kami di dlm redha Mu
ampunknlah segala dosa-dosa kami
ibu bapa kami
saudara saudara kami
serta seluruh muslimin & muslimat
sama ada yg hidup atau telah meninggal dunia

sesungguhnya tiada apa yg mustahil
dengan kekuasaanMu Ya Allah
Engkau Maha Mengetahui
segala sesuatu yg terbaik buat aku & bapaku
berilah rahmat & kasih sayangMu
lindungilah aku & bapaku
dari tipu daya syaitan yg direjam


selawat & salam
buat Junjungan mulia dan ahlul bait
para sahabat Baginda ,ulama’ & umara’, tabii’ tabiin & para pejuang agama ALLAH

rindu yg tak pernah padam
dalam setiap diri anak adam..

Tuesday, May 05, 2009

wadah pagi..hatiku terusik

pagi2 lagi aku dh bertandang (like always)
tanpa segan2 ke blog penulis tersohor malaya
yang karya karya nya sentiasa no1
dalam listing aku

aku agak sedih dan emosi
bila membaca pandangan beliau
ttg Islam pada hari ini
cubalah kalian baca dan fahami
(sila klik pd link di atas)

disclaimer: 4 this article, pls ignore about d matter of controversy regarding his stand about sunni or syiah.TQ


kita umpama buih di lautan..

Monday, May 04, 2009

Wahai...Jadilah Pemilik Tanah Yg Bertanggungjawab

sempena menjejak kaki kita memasing ke bulan mei ni
aku dgn penuh rasa tanggungjawab
mengigtkan anda2 semua pemilik pemilik tanah
di selangor mahupun di negeri2 lain
utk segera menunaikan tanggungjawab anda
membayar cukai tanah sblm 31/mei/2009
demi mengelakkan dari dikenakan penalty atas lewat bayaran

Cukai tanah ialah bayaran yang dikenakan setiap tahun sebagai cukai ke atas tanah yang diberimilik. Membayar cukai tanah adalah tanggungjawab pemilik tanah. Cukai tanah hendaklah dibayar mulai 1 Januari hingga 31 Mei tahun semasa. Jika cukai tanah yang tidak dibayar mulai 1 Jun akan menjadi tunggakan dan dikenakan denda lewat.

Pemilik tanah yang tidak membayar tunggakan cukai tanah akan diberi peringatan untuk tempoh tertentu yang ditetapkan melalui surat pentadbiran. Jika masih engkar, Pentadbir Tanah boleh menyampaikan Notis 6A dan diberi tempoh 3 bulan untuk menjelaskan tunggakan cukai tanah.

sama sama lh kita saling ingat mengingati
akan tgjwb memasing yer
andai rekod pembayaran cukai tanah cantik
maka akn cantik jugalah kerja2 aku dan kengkawan aku kt pej ni
okeh...roger & out!!!

Sunday, May 03, 2009

Ketupat Cinta...alahaii...


Ketupat Cinta by FT

sbgmana yg ditulis oleh sang penulis.
"selamat menjamu selera"..
fuh mmg terasa lapar
bila membaca novel ini
benar ni....aku tak tipu!!!

hikayat yg penuh dengan resepi2
cinta Illahi, cinta ahlulbait
sederhana yg bersahaja
tetapi macam macam adaaa
betullll....MMA!!

tak lelah baca hikayat ni
lucu, serius, pedih tersindir pun ada...
mcm makanan juga
ada pedas, manis,masam & masin
sesuatu yg menarik utk dibaca dan difahami
byk benar maksud yg tersirat
tak dpt menahan ketawa bila membaca

setiap karya2 dr FT ni
mmg tak pernah mghampakan
sentiasa segar dgn idea2 baru yg menarik dan mmbuat org tertarik
cthnya dalam
1515- FT menyelongkar sejarah yg terpadam
1511- FT menjangkau masa hadapan
siri2 det indigo - umpama penyiasat CSI.tahu serba serbi ttg scince term
adv si peniup ney - membawa kita kembara sufi
Tunggu teduh dulu - umpama petani moden yg berjaya
bedar sukma bisu - umpama pelaut yg tangkas yg hidup hanya utk samudera

salah satu ayat memikat dlm ketupat cinta...
Tubuhnya kecil rendah rambunai.Mukanya bujur daun sirih.
Dahi sehari bulan. Kening berbentuk taji.
Hidung kuntum Seroja.Telinga telipuk kayu
Rambutnya rosmah sahaja, mengerbang kembang...


tang rambut yg aku tak tahan tu.......!!!!????

buku yg aku syorkan utk dibaca.

Thursday, April 30, 2009

rindu syurga Mu


semasa KLIBF tu aku ada beli satu buku
Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan





aku dh pernah baca buku ni before
time aku studen2 dulu
hampir2 aku lupa akan kisahnya
so bila nmpk saja buku ni
aku terus ambil & bayar

buku ni kisah benar berkisar ttg pengalaman
anak tempatan dr Kedah yg mewakili Malaysia
pergi berjihad di bumi Afghan
menentang US dan juga beruang merah russia
rasanya xsemua org tahu ttg kisah ni
dan juga xsemua org kenal akn pemuda ini
tp ini lah pemuda pilihan Allah
mujahid dr benua melayu
yg meninggalkan segalanya
demi seruan jihad

keadaan dan situasi yg digambarkan agk minimal
namun mesej yg disampaikan lewat buku ini
masih mampu utk menggugah jiwa
dan aku pasti penulis mesti ada sbb2 trsendiri
ttg kenapa & mengapa kisah ini dipersembahkan sebegitu

rakan2 sekalian,
spare ur time to read thz kind of book
at least pembacaan2 sebegini
sedikit sbyk dpt mmbuat kita insaf
dan sedar betapa kerdilnya kita di sisi Allah

baca cerita ttg perjuangan
agar kita sedar & sntiasa alert
dgn segala bentuk penindasan ke atas saudara2 kita
tak selamanya kita akn berada di dlm keadaan selesa
kita sdg diuji sbnrnya
dgn keindahan & kemewahan dunia
hingga ramai atr kita yg lalai...
sampai bila..??

Nabi Muhammad SAW dalam hadithnya menyatakan :
"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing- anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu 'al- wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda 'cintakan dunia dan bencikan akhirat"


selain dari itu aku menjengah juga ke booth
Sukarelawan Pemuda Masjid
ini gambar2 yg smpt aku snap






Wednesday, April 29, 2009

takdirnya aku...

takdir nya aku berkelana seorg diri
di tanah sh alam
bermula sbg seorg studen yg sebtg kera :)
intermediate sbg salesgirl
dn sepenuhnya sbg kuli kerajaan
err..tolak tambah lebih kurang
(aku mmg blur maths eventho aku works in an actg envi)
ada la dlm 10yrs dh kt sini
lamaaa tuuuuu...
(alomak...dh tua la aku ni....insaf!! insaf!!)

so kisahnya...bapak ku mmg selalu dok hint2
soh aku balik kpg
mebi dia nk dkt dgn semua ank2 dia kot
saudara tua & saudara tgh ku
mmg dok area2 sana ja
aku nih d only yg tercampk kt sini
dh la kitorg hanya 1 small family

bagi aku..
aku xla pernah confess
aku nk balik or not
aku hanya diam saja tiap kali my dad ask
hmm..bingung jugak
but aku dh terbiasa dgn "sini"
mcmana ya....??
bapa ku pulak..of coz la kompem xbleh nk tgl kt sini
igt burung merbok la, tekukur la
kucing la..mcm2 lah....

hmmmm...aku skrg mmg di dlm dilema
xla dilema berat pun
still deci can be made
cuma aku yg menunggu d rite time..
well, i hv to change evrythg if i choose to transfr back home
kannnn????

tapi apa yg bapa ku cakap lewat telefon on last saturday nite
begitu begitu begitu.......menyentuh hati
bapa ku kata....
"pulanglah, nanti Allah akan ganti balik apa yg tak ada di sana.."
aduhaiiii...sedey nya akuuuuuuu.....

Last Call KLIBF Part II




panel terlibat...
did u see wht i see??? sang penulis ayat ayat cinta & ketika cinta bertasbih



aku rasa sgh2 bertuah on ths time punya KLIBF2009
aku dpt jumpa org2 yg aku ingin sgt jumpa
yg aku xterfikir pun..berkemungkinan utk berjumpa or terserempak
weird??? but thts wht Allah had planned for me :)
aku jumpa FT, Ramlee Awang Murshid, ummu hani, SN a.samad said,
habiburrahman el shirazy, sdr zaid akhtar dan juga member2 yg dh lama long lost ctc

anyway aku really enjoi
as wht i hv said b4 in my earlier post
before ths aku terlalu obsess dgn works & PT job
smpi kn aku xdak time for myself
sejk aku quit my PT time job
aku can do all the things yg aku terlepas
evntho dh agk trlmbt la jugak..but dun bother
im enjoing my life to the FULLEST!!!!!

Allah Yg Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu yg menentukan
perjalanan hidupku seindah ini.....aminnnn

Tuesday, April 28, 2009

Habis Sudah KLIBF 2009 Part I

Siapa kata malaysian xsuka baca buku??!!!


best nya tgk raihan rangers


ramai nya org kt Booth Saba ni..











kakak atie af sdg story telling utk adik adikkkkkk...

Monday, April 27, 2009

mesej cantik yg disampaikan lewat email

email yg aku dpt thru PEAK08 groups
nice to read....

Apakah Jodoh Berkaitan Keturunan??!!
Tidak.

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama...mcm satu pakej.
Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. . Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

"Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang"


Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Last Call For KLIBF 2009

hmm...aku still kt rumah
tgk2 jeling2 my bookshelves
buku apa lg yg belom ada

last day ni
sure ada jualan murah2 lelong2
mcm jualan metrojaya kt s13 tu
hihihih....
bookfair kali ni byk jugak la buku yg aku beli
(err..mmg byk la..)
dan berkeping2 jugak la note hijau2 tu brtukar tgn
hahaha....berbaloi jugak aku ot bertungus lumus last week
at least ada jugak duit lebih utk beli buku
hmmm..buku buku
buku dan masni xbleh nk dipisahkan
kdg2 aku ni tamak buku jugak la
sampai kdg2 buku2 tu kena tgu giliran utk di baca
fuyohh..hai batt hai batt...(^_^)

owh..besides tht aku ada beli new al quran
yg ada translation by words tu




wahhh..menarik kan? tp aku xbeli kt bookfair
i bought it yesterday (sat 25/4) kt um for RM100
mybe dia ada diskaun for studen kot
hihhii...berbaloi kan..
wahh..jd nya aku dh ada 2 al quran. 1 tafsir dan 1 al quran transltn by wording ni
cuma 2 saja yg aku beli sendiri
yg lain2 tu org yg hadiahkan


thts it la dulu kot
aku nk siap2 nk p serang pesta buku for d last time ths yr ni


p/s: lepas ni ada pesta buku selangor pulak yer..hihihi..

Friday, April 24, 2009

al-kisah pesta buku antarabangsa kl Part II

Part II tp bkn ending la yer
still ada Sabtu & Ahad to go..hahahah...


bersama my fav writer. hmm..sdri ummu hani ni aku mcm kenal sja. i mean mcm pernah tersempak kt luar, mybe la...tp sblm ni xkenal...


saja ja gambar ni blur...tensennnnn...
erkss..tp org ckp jgn ambik gambar 3 org??!!!!

Thursday, April 23, 2009

Empress Sepang

Bengkel Pengurusan Maklumat Laman Web PTGS @ 19-22 April 2009



nex time klu u all browse new website PTGS..haaa..inilh barisan nya
barisan yg tlh bekerja utk memungkin kn d new laman web brfungsi dgn baik
hihihi...kunun sja la tu
ekceli..kitorg provide data dgn info sja
yg brtungkus lumus memungkinkan website berinformative
adlh bghn teknologi maklumat PTGS tu sndri
kitorg ni menempel tumpang glamor wakakak....






ni staff yg folow aku tuk bengkel ni. dia ni la yg bertungkus lumus key in data dgn editing. nk harap ke aku....tersengih saja la..kekekeke..
malas la wehh....